PENTING!!!! Kentut TIDAK membatalkan solat!

Kentut Tidak membatalkan solat!

Terasa angin macam nak keluar, adakah ia membatalkan wudhuk?

Siapa yang pernah rasa was-was macam ni? Masa nak solat masa itulah setan-setan gangu!! Menyampah betul ! Kadang-kadang sampai kena ambil wudhuk berulang-ulang kali (sebab was-was).

Salah satu perkara yang membatalkan wudhuk ialah keluar sesuatu objek atau angin daripada salah satu jalan, sama ada depan atau belakang. Sesuatu yang keluar daripada bahagian depan dikira sebagai najis kecuali air mani. Air mani disifatkan sebagai geli dan jijik bukan najis. ( kalau nak tahu lebih lanjut korang bolehlah tanya ustaz/ ustazah). Apabila terbatalnya wudhuk maka tidak sahlah solat seseorang. Jadi pentinglah bagi kita mengetahui perkara-perkara yang membatalkan wudhuk.

Kentut yang macam mana tidak membatalkan wudhuk? Kentut yang tiada bunyi, tiada rasa angin dan tiada bau. Kalau ada bunyi kuat tu janganlah pulak kata masih berwudhuk…..(admin tak ajar okay!). Tidak perlu mengambil wudhuk semula melainkan ada bunyi yang kuat (bunyi kentut), rasa angin dan ada bau.Kalau ada bau tu faham-faham la ye..

Kenapa kita rasa was-was? Sebab ada syaitan yang menjaga bahagian dubur yang membuatkan kita rasa was-was dan tidak khusyuk solat (setan pon ada tugas dia). So, janganlah terpengaruh dengan godaan setan ni.

Terdapat juga hadits yang memberitahu mengenai kentut ni.

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – – إِذَا وَجَدَ أَحَدُكُمْ فِي بَطْنِهِ شَيْئًا, فَأَشْكَلَ عَلَيْهِ: أَخَرَجَ مِنْهُ شَيْءٌ, أَمْ لَا? فَلَا يَخْرُجَنَّ مِنْ اَلْمَسْجِدِ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا, أَوْ يَجِدَ رِيحًا – أَخْرَجَهُ مُسْلِم

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika salah seorang di antara kalian mendapati ada terasa sesuatu di perutnya, lalu ia ragu-ragu apakah keluar sesuatu ataukah tidak, maka janganlah ia keluar dari masjid hingga ia mendengar suara atau mendapati bau.” Diriwayatkan oleh Muslim. (HR. Muslim no. 362).

Dalam shahih Bukhari-Muslim disebutkan hadits dari ‘Abdullah bin Zaid radhiyallahu ‘anhu bahwasanya ia pernah mengadukan pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengenai seseorang yang merasakan sesuatu dalam solatnya. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pun bersabda,

لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا

“Janganlah berpaling hingga ia mendengar suara atau mendapati bau.” (HR. Bukhari no. 177 dan Muslim no. 361).

Buanglah segala keraguan anda dan yakinlah dalam mengerjakan ibadah Allah. Semoga semua mendapat manfaat.

(Sumber:blog islamic)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*