PENTING!!!! SAH ke Solatku???

Sah ke Solatku?

Wajib bagi setiap manusia yang beragama islam untuk mendirikan solat. Tetapi adakah solat aku diterima? Adakah betul cara aku solat? Apa perkara yang membolehkan terbatalnya solat? Sungguh banyak ilmu yang kita perlu pelajari. Jangan takut dan malu untuk mempelajari ilmu Allah.

Selain daripada perkara-perkara yang membatalkan wudhuk, pembacaan Al-Fatihah juga penting dalam solat. Membaca Al-fatihah juga merupakan rukun solat yang keempat selepas Takbiratul ihram. Kesalahan membaca Al-fatihah boleh membatalkan solat kerana ianya memberi makna yang berbeza.

Hari ini admin nak kongsi mengenai Lahnu ( kesalahan ketika membaca Al-quran) dalam surah Al-fatihah. Lahnu terbahagi kepada dua iaitu Lahnu khafi dan Lahnu Jali. Khafi bermaksud sembunyi dan jali bermaksud nyata. Jika seseorang individu melakukan kesalahan khafi dalam solat, maka Tidak Terbatal solatnya. Hal ini kerana, Lahnu Khafi adalah kesalahan secara tersembunyi dimana tidak mengubah maksud Al-fatihah. Tetapi, jika seseorang melakukan kesalahan Jali dalam solat, boleh membatalkan solatnya. Hal ini kerana kesalahan lahnu jali adalah nyata atau jelas didengari oleh orang awam dan mengubah makna surah Al-fatihah.

Antara-antara Lahnu jali ialah :

1 – mengubah, menambah dan membuang huruf
2 – salah baris
3 – salah wakaf dan ibtida

Mengubah, menambah dan membuang huruf

Mengubah huruf bermakna menukar sesuatu huruf kepada huruf baru. Sebagai contoh, menukar huruf sin kepada syin atau sa. Menukar huruf ra kepada nga. Kebiasaannya, kesalahan ini dilakukan oleh mereka yang berlidah pendek. Ada yang bertanya kat Admin, “Habis tu,kalau yang lidah pendek tu, takkan sampai bila-bila tidak diterima solatnya?” Diterima atau tidak diterima solat seseorang itu, adalah kerja Allah S.W.T. Admin tidak tahu samada diterima atau tidak. Apa yang penting, bersama-sama kita memperbaiki diri kita. Pelat atau lidah pendek boleh diubati dengan izin Allah. Tips cara menghilangkan pelat( ini cara orang dulu-dulu) : Asah lidah dengan menggunakan daun kelapa. Macam kita cuci lidah tapi dengan daun kelapa. Kalau tidak berkesan, teruslah berusaha mencari jalan penyelesaiannya. Jangan pernah berputus asa untuk memperbaiki diri sendiri.

Menambah huruf kebiasaan terjadi apabila seseorang memanjangkan huruf atau menambah sabdu dalam huruf. Manakala membuang huruf kebiasaannya berlaku apabila seseorang membaca Al-fatihan terlalu laju (nak cepat!!!). Bacalah Al-fatihah dengan tertib.

Apakah hukum membaca al-Fatihah di dalam solat? Hukum membaca al-Fatihah adalah wajib pada setiap rakaat solat. Dalam erti kata lainnya, tidak akan dikira solat seoseorang itu, sekiranya dia tidak membaca Surah al-Fatihah. Ini jelas melalui sabda Nabi SAW:

لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ

Maksudnya: Tiada solat bagi siapa yang tidak membaca al-Fatihah.

Riwayat Al-Bukhari (756)

Maksud tiada solat ialah; solat tidak sah. Antara syarat-syarat bacaan al-Fatihah yang sempurna adalah :

1. Membacanya dengan memperdengarkan kepada diri sendiri. Tidak memadai membaca di dalam hati. Adapun bagi orang bisu, memadai dengan menggerakkan lidah dan dua bibirnya sekadar yang mampu. (Kesalahan ini yang kebiasaan dilakukan oleh orang kita)

2. Wajib menjaga makhraj serta tajwidnya. Begitu juga, wajib mengikut susunan dan berturut-turut iaitu tanpa diselangi antara ayat-ayatnya dengan berhenti yang lama.

3. Hendaklah dibaca dalam bahasa Arab. Tidak sah solat jika dibaca dengan bahasa lain, sama ada seseorang itu memahami bahasa Arab atau tidak.

Betapa pentingnya pembacaan Al-fatihah. Semoga kita terus memperbaiki diri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*