Mimpi ular la, Yeay!!! Nak kahwin!

Mimpi ular! Yeay orang nak masuk meminang!!!! Nak buat preparation la..

Apabila diceritakan tentang mimpi ular, mindset orang kita mesti ada orang nak menyunting. Jodoh nak dekat la. Tapi betul ke mimpi tu? Macam mana bentuk ular tu? Apa tindakan kita?

Sebenarnya admin pon macam korang jugak. Bila mimpi ular je, kecoh satu rumah admin cerita. Yela siapa tak nak kahwin kan? Tapi dah terlalu kerap sangat mimpi ular, tak ada pon orang masuk meminang (hmmm.. sedihnya). Harapan palsu. So admin pon bertanyalah pada Mr.G, tentang tafsir mimpi.

Sebenarnya warna ular dalam mimpi kita itu pun memainkan peranan. Korang tahu jelakan, banyak sangat warna ular ni, ada putih, hitam, hijau dan berwarna-warni.

Mimpi Ular Hitam

Ular hitam ini merupakan ular yang sangat berbisa, dimana sesiapa yang terkena bisanya boleh membawa maut. Mengikut tafsiran islam, Jika anda bermimpi Ular hitam ia bermaksud peringatan atau pemberitahuan bahawasanya ada ilmu ghaib yang sedang dipergunakan dan ditujukan kepada anda atau orang-orang terdekat anda. Sekiranya terjadi, berdoalah agar ilmu ghaib itu tidak mengena anda. Rawatan bagi mereka yang terkena ilmu ghaib sangat susah. ( nak tahu lebih lanjut, korang boleh cari dekat perubatan islam).

Mimpi Ular Putih

Jika anda bermimpi ular yang berwarna putih, kemudian anda membunuh ular putih tersebut dalam mimpi, ia bermakna ada telah berjaya menahan sesuatu godaan. Dalam erti kata lain, anda telah berjaya membuang atau menyingkirkan godaan-godaan untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak baik.

Mimpi Ular Hijau

Ular hijau merupakan petanda atau petunjuk bahawa terdapat kegelisahan dalam diri anda. Jika anda bermimpi ular berwarna hijau, kemudian anda membunuh ular tersebut, ia membawa makna bahawa anda telah membuang atau menyingkirkan segala kegelisahan yang ada dalam diri anda.

Mimpi Sekumpulan Ular

Selain daripada warna ular, bilangan ular di dalam mimpi juga memberi tafsir yang berbeza. Jika anda bermimpi sekumpulan ular, ianya ditafsirkan bahawa anda mempunyai kesejahteraan atau panjang umur. Kebiasaannya, mereka yang bermimpi ular yang banyak ini akan memperoleh kesihatan yang baik.

Mimpi Ular Ada di dalam Rumah

Jika anda bermimpi ular berada di dalam rumah, ini menandakan ada perkara tidak elok. Pernikahan atau perkahwinan adalah perkara yang suci. Jika anda bermimpi ular berada di dalam rumah, ini menandakan perkahwinan anda akan ditimpa masalah atau musibah. Masalah tersebut boleh jadi daripada pelbagai bentuk contohnya curang (mintak-mintak dijauhkanlah). Pertahankanlah rumah tangga yang dibina agar sentiasa hidup harmoni sampai Jannah (Amin).

Akhir kata, mimpi ini boleh terjadi oleh 2 sebab. Pertama, petunjuk daripada Allah untuk melindungi kita dan yang kedua adalah permainan syaitan yang ingin mengugat iman kita. Kita boleh mentafsir mimpi tetapi jangan jadikan mimpi kita sebagai akidah. Jangan kita terlalu mempercayai mimpi sehingga memesongkan akidah kita (just ambil tahu, JANGAN percaya 100%). Segalanya takdir telah ditentukan oleh Allah. Admin post ni hanya dijadikan sebagai ilmu atau berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*