Siapa kata sarah kulit hitam?? – bikin panas

Kecoh baru – baru ini dengan isu ramai orang mengutuk kulit Siti Sarah hitam. Sebelum ini, suami Siti Sarah, Shuib sepahtu yang menjadi isu. Kini isu warna kulit Siti Sarah. Ramai netizen yang mengecam penyanyi tersebut kerana mengedit gambar sehingga tampak lebih cerah dari asalnya.

Melalui akaun instagram siti Sarah, dia meluahkan perasaannya yang tidak menduga bahawa gambar yang dimuat naik oleh suaminya (Shuib) itu, menjadi perhatian umum oleh kerana kulitnya nampak lebih gelap berbanding gambar – gambar sebelum ini. Siti Sarah juga mengatakan terjadi disebabkan suaminya (Shuib), buta warna. Oleh demikian, suaminya tidak menyedari akan warna gambar yang dimuat naik.

Penyanyi tersebut menyatakan faktor gambar tersebut nampak lebih gelap adalah kerana kurangnya pantulan cahaya berbanding gambar – gambar yang dimuat naik ke Instagram sebelum ini. Perkara ini bukanlah perkara yang pelik, sebab majoriti perempuan mementingkan pantulan cahaya bagi menampakkan kulit nampak lebih flawless.

Siti Sarah juga mengatakan bahawa kulitnya tidaklah seputih atau secerah ‘mat salleh’ tetapi kulitnya kini nampak lagi lebih cerah berbanding kulitnya dahulu. Siti Sarah mengatakan kulitnya yang semakin cerah adalah disebabkan pengambilan produk losyen, sabun dan mengambil pil.

Siti Sarah juga membuat perbandingan kulit wajahnya dengan memuat naik gambar lama dirinya yang nampak lebih gelap walaupun gambar tersebut Diambil berhadapan dengan pantulan cahaya.

Ini merupakan luahan siti sarah melalui instagram miliknya:

“Assalamualaikum semua secara jujurnya saya betul2 tidak menyangka gambar hadiah birthday ibu shuib ni menjadi perhatian ramai.. ramai yg kutuk sarah , katanya sebenarnya sarah hitam tapi edit gamba..ye saya mengaku saya selalu ambil gambar di tempat2 yg bercahaya terang,mana adaa org nak ambil gamba bertentangan dengan cahaya.. itu yg nampak burn .. secara jujur nya saya rasa sangat sedih bukan sebab org kata saya ..tapi mungkin ramai yg tak tau shuib BUTA WARNA . die tak tau pon WARNA apa yg die post di ig die.. banyak warna yg die tak nampak.. padahal kami pakai handphone jenama yg sama.. lagi pun mak shuib tu putih melepak tu pon nampak cam sun burn..secara jujurnya saya memng tak putih macam ORANG PUTIH, tapi kalau nak di bendingkan dengan saya yg Dulu memang saya lebih cerah sekarang .. sebab saya memng ambil peroduk ..saya pakai LOTION, SABUN dan PIL utk kulit lebih cerah.. mungkin ramai yg marah sebab saya tak share saya makan n pakai produk apa
disini saya ada contoh gamba dulu yg berhadapan dengan lighting terang sampai nampak reflaksi cahaya di pipi sebab cahaya lampu..dan gamba baru .. tetap gamba lama nampak lebih gelap”

Sejujurnya Admin pernah berjumpa dengan Siti Sarah, dan kulit wajahnya tidaklah hitam seperti yang digembar – gemburkan. Kulitnya berwarna Sawo matang. Mungkin ramai akan memgatakan kulitnya putih disebabkan make up ( no komen). Tetapi tidak peliklah kalau Siti Sarah berkulit lebih cerah berbanding dahulu sebab pengambilan produk kecantikan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*