PANAS!!! Ameera Khan “Bertudung tapi TAK Solat ” – Jawab Ustaz Azhar Idrus

Siapa tak kenal dengan Ameera Khan?? Gadis muda yang cantik dan adik kepada Neelofar. Ameera Khan telah dikecam netizen kerana memuat naik satu gambar pemberian kakaknya di instagram. Niat dihati untuk berkongsi kegembiraan atas pemberian kakak tersayang tetapi bertukar menjadi tragedi.

Ameera khan telah memuat naik sekeping gambar memaparkan sejadah pemberian Neelofa melalui Insta Story miliknya yang menimbulkan reaksi kurang senang daripada seorang pengikutnya.
Individu yang tidak didedahkan identiti itu telah meninggalkan komen yang agak melampau dan biadab melalui ruangan komen pada Insta story berkenaan.

“Tak pakai tudung pun nak sembahyang,” ujar individu berkenaan.

Amboi bukan main lagi dia komenkan. Tidak mudah melatah dengan perkara sedemikian, Ameera Khan membalas komen yang ditinggalkan itu dengan tenang menerusi satu kemas kini terbaharu menerusi Twitter pada hari Rabu.

 

 

 

Mengikut posting berkenaan, Ameera menjelaskan bahawa dakwaan yang dilemparkan oleh individu berkenaan adalah tidak berasas sama sekali. Berikut adalah apa yang dituliskan Ameera Khan:

“Adalah lebih baik jika saya bermula dengan solat dan kemudian berhijab. Apa guna bertudung kalau tak solat? Tapi buat masa terdekat, saya tidak rancang untuk berhijab lagi,”

Ternyata kenyataan menerusi entri tersebut mendapat perhatian luas ramai netizen yang pada masa sama menyokong pendapat Ameera itu.

Disini admin share sikit ceramah dari Ustaz Azhar Idrus mengenai solat tapi tidak pakai tudung dan pakai tudung tapi tidak solat.

Menurut jawapan dari Ustaz Azhar Idrus dalam satu kuliah :

“tidak tinggal solat bermakna dia masih Islam. Jika tidak solat, maka tiada satu rukun Islam. Tidak cukup satu rukun maka tidak sempurnalah Islamnya. Sama seperti solat ada 13 rukun. Jika tidak rukuk maka tidak sah solatnya. Jadi, bila tinggal satu daripada rukun Islam, seseorang tidak dikatakan Islam.

Jika tidak tutup aurat tetapi tetap solat, dia dikira berdosa kepada Allah. Islamnya masih ada, kecuali jika dia tinggal solat, maka Islamnya akan tercabut. Perempuan yang tidak pakai tudung tetapi solat itu lebih baik daripada perempuan yang pakai tudung tetapi tidak solat.

Manakala bagi perempuan yang masih tidak bertudung, maka hendaklah dia memasang azam untuk memakai tudung. Insya-Allah.”

Jadi, pendapat admin kedua- duanya adalah berdosa sebab meninggalkan tuntutan Allah iaitu solat dan aurat. Allah telahpun menerangkan hal ini di dalam surah An- Nur ayat 31 :

وَقـُل لـِّلۡمُؤۡمِنَٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِنَّ وَيَحۡـفـَظۡنَ فـُرُوجَهُنَّ وَلـَا يُبۡـدِينَ زِينَتـَهُنَّ إِلـَّا مَا ظـَهَرَ مِنۡهَا ۖ وَلۡـيَضۡرِبۡنَ بـِخُمُرِهـِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهـِنَّ ۖ … (النور : 31)

Katakanlah (wahai Nabi Muhammad) kepada wanita- wanita mukminah : “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan hiasan (pakaian, atau bagian tubuh) mereka kecuali yang (biasa) nampak darinya dan hendaklah mereka menutupkan kerudung mereka ke dada mereka ” (QS. an-Nur [24]: 31).

Konklusinya, janganlah kita menilai orang, dosa dan pahala seseorang itu adalah urusan Allah SWT. Kita hambaNya teruslah berusaha mencari keredhaanNya. Bersama – samalah kita terus memperbaiki diri ke arah yang leih baik. Amin…

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*