Awas!!! Tanda – Tanda Awal KENCING MANIS

Penyakit diabetes mellitus atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing manis merupakan penyakit serius yang disebabkan oleh paras gula dalam badan yang tinggi. Selain itu, penyakit ini merupakan salah satu faktor utama terjadinya sakit jantung dan angin.

Di Malaysia, penyakit ini berada pada tahap yang amat membimbangkan kerana Malaysia merupakan negara yang mempunyai bilangan penduduk yang menghidapi penyakit diabetes yang tertinggi di Asia Tenggara dan berada pada kedudukan ke-10 di dunia. Menurut kementerian kesihatan, dianggarkan 3.6 juta rakyat malaysia yang berusia 18 tahun keatas menghadapi penyakit kencing manis. Oleh itu, kenali tanda-tanda awal diabetes dan marilah kita bersama-sama berusaha untuk mencegahnya.

Anda berasa haus sepanjang masa

Salah satu tanda awal yang boleh dikenal pasti adalah sering berasa haus. Hal ini kerana kita Membuang air kecil dengan banyak atau kerap yang akan menyebabkan kehilangan air di dalam badan dan akan menyebabkan kita berasa dahaga. Menurut statistik, kebanyakan penghidap penyakit diabetes kerap menghilangkan haus mereka dengan cara meminum air manis seperti jus, minuman soda dan minuman susu coklat. Minum minuman yang mengandungi kandungan gula yang tinggi ketika haus boleh menyebabkan gula yang berlebihan itu menyekat saluran darah dan mendatangkan pelbagai penyakit.

Berat badan anda menurun sedikit

Tanda penyakit kencing manis juga dapat dilihat apabila berat badan menurun sedikit daripada biasa tanpa sebarang catuan pemakanan. Menurut Dr Cypess, anda akan kehilangan kalori dalam air kencing dan anda tidak menyerap semua kalori daripada gula dalam darah anda. Hal ini demikian kerana badan anda mempunyai paras gula (glukosa) yang tinggi. Ia juga boleh terjadi disebabkan oleh kekurangan hormon Insulin atau keberkesanan fungsi Insulin itu sendiri telah berkurangan.

Anda kerap berasa letih

Kebiasaannya, pesakit diabetes akan kerap berasa letih atau lesu. Bagi mereka yang menghidap penyakit diabetes, anda akan kerap berasa letih sepanjang masa. Hal ini merupakan satu perkara yang serius kerana ia mungkin bermakna bahawa makanan yang anda makan tidak dipecahkan dan digunakan oleh sel-sel di dalam badan secara optimum.

Penglihatan menjadi kabur

Salah satu tanda awal penyakit diabetes atau kencing manis ialah penglihatan menjadi kabur Pada peringkat awal diabetes, kanta mata tidak dapat fokus dengan baik kerana glukosa telah terkumpul dengan banyak di bahagian mata, dan menyebabkan bentuk asal kanta mata berubah buat sementara waktu. Selepas 6-8 minggu mata anda akan pulih seperti biasa dan diabetes tidak akan menyebabkan seseorang itu buta.

Berasa muram dan sering marah-marah

Berasa muram dan marah – marah juga merupakan tanda awal pesakit kencing manis. Bagi penghidap penyakit diabetes pada tahap awal, mereka akan sering berasa tidak senang duduk dan mempunyai gejala-gejala kemurungan. Anda akan berasa letih dan tidak mahu berbuat apa-apa, anda tidak mahu keluar daripada rumah dan anda hanya mahu tidur.

Luka pada badan lambat sembuh

Selain itu, luka lambat sembuhjuga menunjukkan tanda awal untuk penyakit kencing manis.
Sistem imun di dalam badan anda dan juga proses untuk merawat luka pada badan anda tidak berjalan dengan baik apabila anda memiliki paras gula yang tinggi di dalam badan. Hal ini dapat dilihat apabila pesakit diabetes akan mempunyai parut luka yang jelas kerana proses penyembuhan yang perlahanan disebabkan oleh diabetes.

Diharap artikel ini dapat membantu anda untuk bertindak sekarang bagi mengubah gaya hidup yang sihat kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Kongsikan artikel ini kepada orang-orang tersayang. Semoga semua peroleh manfaat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*