Nabila Razali – lagu “Pematah hati” mendapat pujian oleh orang Korea

Nabila Razali penyayi muda yang berjaya menambat hati peminatnya dengan lagu Pematah Hati telah mendapat pujian oleh warga korea. Hal ini dapat disaksikan apabila blimey ( korean youtuber) memberi pujian terhadap lagu tersebut.

Aksi putus cinta penyanyi Nabila Razali bagi mempromosikan muzik video Pematah Hati berjaya apabila ia sudah menduduki tempat ketiga paling ditonton di Youtube hanya selepas 24 jam ia dilancarkan. Wow taniah!

Muzik video yang menampilkan pelakon Aedy Ashraf itu mendapat Lebih 11 milion tontonan di laman Youtube sejak dilancarkan pada sebulan lalu. Mengulas mengenai kejayaan itu, Nabila berkata, dia tidak menyangka penerimaan baik terhadap muzik video itu daripada peminat dan ia merupakan kejayaan manis buat dirinya sepanjang bergelar penyanyi. Malah penyanyi berusia 25 tahun ini, berasa terharu dengan komen-komen positif mengenai hasil muzik video itu yang disifatkan bertaraf antarabangsa. Nabila Razali juga turut berterima kasih kepada sokongan peminat terhadap single terbaharunya itu.

Pematah Hati adalah ciptaan sepenuhnya oleh Hael Husaini dan Ezra Kong. Nabila Razali juga mengatakan muzik video Pematah Hati adalah arahan dua pemuda yang berasal dari Romania yang menggelarkan diri mereka sebagai Storytellrs. Nabila dan pihak pengurusannya bertemu dengan Storytellrs yang kebetulan sedang menggembara di Malaysia sebelum mereka bersetuju bekerjasama menghasilkan muzik video.

Berikut adalah reaksi orang korea mendengar lagu ‘Pematah Hati’

Antara komen komen yang diberikan mereka adalah

” it so rhythmical”
” hand gesture is cool”
” he so handsome”
“i can feel ‘ i dont need a man’ by Miss A and ‘show you’ by Ailee in this song. I think it has the same vibe ”
“the melody is so catchy, i like it”
” the music video itself is very good, they mixed blue and pink tone very well which turned out really pretty”

Mereka mengatakan bahawa Aedy Ashraf handsome!!! Selain itu, lagu Pematah hati ini mempunyai melodi yang menarik dan penggunaan warna pink dan biru dalam muzik video ini membuatkannya cantik.

Mereka juga mengatakan bahawa lagu ini seakan -akan lagu ‘ i dont need a man’ yang dinyanyikan oleh ‘Miss A’ dan juga ‘Show you’ yang dinyayikan oleh Ailee. Setiap peminat k-pop, pasti akan mengenali Ailee kerana dia merupakan penyayi korea yang sangat berbakat. Begitu juga Kumpulan wanita ‘ Miss A’, tapi sayangnya, kumpulan ini telah dibubarkan pada tahun 2017.

Admin share sikit parodi Pematah hati oleh Jihan Muse, syuk dan bell ngasri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*