Rahsia kulit cantik Neelofa – “Mandi Ais” – BETUL KE??

Siapa yang tidak kenal dengan Neelofa? Pelakon, pengacara dan juga ahli usahawan berjaya. Ramai anak muda atau wanita lain yang menjadikan Neelofa sebagai idola atau ikon kerana kebijaksanaannya ( girl with brain).

Walaupun Neelofa mempunyai jadual kerja yang sibuk, Dia tetap tampil cantik menawan. Kulit wajahnya juga bersih dan tiada masalah cela mahupun jerawat. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana atau apakah rahsia Neelofa menjaga kulitnya supaya setiasa cantik dan sihat. Berikut adalah amalan yang dilakukan Neelofa untuk kekal cantik dan sihat.

Amalkan rawatan mandi ais

Ini adalah rahsia Neelofa untuk mendapatkan kulit kekal cantik. Neelofa akan melakukan rawatan mandi ais (ice theraphy). Bayangkan situasi yang mana ada baldi, air dan ais yang sejuk ( Admin biasanya tengok ice bucket challange). Kulit nampak berbeza selepas rawatan dan nampak segar walaupun tidak mengenakan solekan. Rawatan ini bukan sahaja membantu untuk mencantikkan kulit, malah dapat mengatasi masalah tubuh badan, antaranya :

1) Meningkatkan imunisasi badan :

Penyelidik mendapati kadar metabolisme yang tinggi hasil dari mandi air sejuk yang disebabkan oleh badan kita yang cuba untuk memanaskan badan secara tersendiri akan mengaktifkan sistem imunisasi dan menghasilkan lebih banyak sel darah putih. Mereka yang sering mandi air sejuk dipercayai jarang demam dan mungkin sukar terkena barah yang tertentu.

2) Melancarkan aliran darah

Pengaliran darah yang baik adalah bagus untuk jantung. Apabila mandi air sejuk, arteri darah mengecut. Ia dipanggil vasoconstriction.Arteri yang mengecut membolehkan darah mengalir pada tekanan lebih tinggi, aliran darah lebih lancar.

3) Mengawal Suhu Badan

Mandi air sejuk boleh membantu mengawal thermogenesis (cara badan menghasilkan haba dalam badan), di mana ia mengaktifkan sistem pemulihan badan. Sebab itulah jika kita pernah dengar, salah satu cara paling cepat turunkan suhu badan adalah mandikan dengan air sejuk.

4) Meningkatkan metabolisme badan

Lemak perang dalam badan berguna untuk pembakaran tenaga dalam badan. Apabila badan kita terdedah dengan sejuk, lemak perang ini akan terbentuk. Sel-sel lemak ini yang membakar glukosa dalam badan untuk penghasilan haba badan. Penghasilan lebih banyak lemak perang akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga dan membantu untuk kurus. Kadar metabolisme badan juga meningkat.

5) Mengurangkan Tekanan Perasaan

Mengurangkan Tekanan Perasaan adalah salah satu kebaikan mandi air sejuk. Satu Kajian dari Virginia Commonwealth University mendapati air sejuk bolehmeransang “titik biru” pada otak, sumber utama noradrenaline untuk badan kita. Noradlinaline adalah bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan.

6) Meningkatkan Pergerak Cecair Limpa

Sistem limpa adalah yang bertugas untuk membuang kotoran dari sel dan membantu melawan patogen (penyakit). Berbanding urat darah, sistem limpa, ia tidak mengandungi darah, tetapi cecair limpa yang membuang bahan kotoran dan membawa sel darah putih untuk melawan jangkitan. Jika darah yang mengalir di pam oleh jantung, kandungan limpa bergantung kepada pengecutan otot sistem. Mandi air sejuk membantu pengecutan otot limpa dan menyebabkan cecair ini boleh berfungsi di seluruh badan.

7) Menguatkan Pernafasan

Sedarkah anda, ketika anda mula untuk mandi air sejuk, anda akan menarik nafas dengan dalam terlebih dahulu? Ia tindakbalas biasa badan supaya badan kita cukup oksigen untuk memanaskan badan dan mengurangkan renjatan kejutan akibat sejuk. Tindakan ini membantu menguatkan paru-paru dan meningkatkan kadar serapan oksigen badan seterusnya menyebabkan badan lebih segar dan kurang letih.

Minum banyak air kosong

Tip seterusnya yang paling mudah ialah minum air kosong dengan banyak. Neelofa amalkannya sejak 2009 dan waktu itu dia sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Neelofa berkata, bila tekak kita dah biasa dengan air kosong kita rasa dah tak nak minum air lain, kira akan rasa air kosong itu sangat refreshing.

Kajian para sainstis mendapati amalan minum air kosong sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society, misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu. Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di Negara matahari terbit ini ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, system jantung, arthristis, degupan jantung yang pantas, epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, tibi, meningitis, buah pinggang, dan jangkitan pada air kencing.

Amalkan senaman kegemaran

Tidak sangka Neelofa sangat suka bersukan. Selain bersenam di gim, Neelofa suka bermain badminton, berenang dan kick boxing, sekurang-kurangnya tiga atau empat kali seminggu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*