Siti Nurhaliza kongsikan jantina anaknya

Tahniah!!! Kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa kerana bakal menimang cahaya mata. Akhirnya setelah 11 tahun perkahwinan, Datuk Siti hamil.

Kalau sebelum ini rAmai orang mendakwa bahawa Datuk siti tidak berusaha untuk mendapatkan zuriat. Namun, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia tidak berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Akan tetapi, rezeki kehamilannya kali ini adalah cubaan kali ketiga.

“Tiga kali kami melalui prosedur untuk mendapatkan cahaya mata. Alhamdulillah, kali ini ia membuahkan hasil.” Tambahnya lagi, “Saya menafikan dakwaan kami tidak mencuba. Hanya Allah tahu perasaan kami selepas dua kali gagal,”

Datuk Siti yang pernah hamil secara normal sebelum ini, namun mengalami keguguran ketika usia kandungan dua bulan. Tidak ada rezeki lagi untuk mendapat cahaya mata. Datuk Nurhaliza juga berkongsi bahawa dia mengalami alahan yang teruk semasa hamil.

Pada 11 Januari 2018, Datuk siti mengucapkan terima kasih kepada peminatnya yang sentiasa menyokong dan mendoakannya. Dan sempena hari ulang tahunnya yang ke-39, Datuk siti dan suaminya Datuk Khalid berkongsi berita gembira bersama peminatnya iaitu bayi dalam kandungannya adalah seorang puteri.

Antara ucapan – ucapan tahniah daripada peminatnya. Admin pun nak ucapkan tahniah kepada Datuk Siti Nurhaliza. Semoga anak di dalam kandungan Datuk sihat sentiasa dan menjadi anak yang solehah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*