Diana Danielle jawab isu Farid Kamil

Kecoh baru – baru ini dengan kes Farid Kamil suami kepada Diana Danielle menampar seorang anggota polis. Menurut laporan media tempatan, Garid Kamil didakwa telah menampar seorang anggota polis trafik di Kota Damansara, Petaling Jaya. Selain itu, menurut laporan terdapat juga dua orang awam telah ditendang oleh pelakon tersebut.

Ketua polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din melaporkan suspek yang berumur 37 tahun itu telah menampar anggota polis yang bertugas di kaunter Balai Trafik kota Damansara. Katanya :

“Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya. Namun apabila anggota traffik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek menunjukkan whatsapp 300 artis hutang ah long. Dia kemudiannya tiba – tiba menampar anggota polis dan menendang dua orang awam di lokasi kejadian tanpa provokasi.”

Untuk mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut, ramai netizen bertanya kepada isterinya Diana Danielle. Diana Danielle yang berusia 26 tahun itu meminta kepada netizen untuk memberi ruang kepadanya bagi menyelesaikan perkara ini terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan kepada media mengenai isu penahanan suaminya. Kata Diana Danielle :

“Beri kami ruang untuk menyelesaikan perkara ini dulu. Saya tidak akan memberi sebarang komen buat masa sekarang. Terima kasih.”

Ibu Diana Danielle, Puan Norsiah Ramli juga sama sekali tidak mengetahui isu penahanan menantunya. Puan Norsiah juga terkejut apabila dimaklumkan perihal perkara ini. Kata Puan Norsiah :

“Saya terkejut mengetahui berita ini. Saya baru dapat tahu selepas dimaklumkan oleh rakan media. Jadi saya tidak tahu dan tidak boleh nak komen lanjut. Ada baiknya hubungi keluarga Farid sendiri.”

Diana Danielle telah menutup ruangan komen di laman sosialnya instagram berikutan diasak oleh para peminat. Berikut adalah antara komen komen para peminatnya.

Rata – rata peminatnya mendoakan yang terbaik buat Diana. Semoga dia tabah, namun ada juga segelintir netizen yang mengecamnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*