[Penting!!]Tanda anda disantau dan cara mengelaknya

Hari ini admin nak share pasal sihir atau santau.

Sihir merupakan satu perbuatan yang ada kaitan atau sangkut paut atau melibatkan jin. Manakala, santau pula adalah adunan bahan – bahan yang beracun dan ada campur tangan atau melibatkan jin. Bahan – bahan yang digunakan untuk membuat santau kebiasaannya bahan – bahan yang menyakitkan, miang ( gatal – gatal), sesuatu yang berbisa atau melukakan dan benda – benda yang tajam. Sebab itu, kalau kita tengok cerita yang berkaitan santau, mesti orang yang terkena santau itu muntah paku atau kaca atau rambut atau sebainya.

Ada 4 jenis santau ( ini yang admin tahu la) iaitu :

1 – Santau Makan dan Minum
2 – Santau Angin
3 – Santau Tuju
4 – Santau Langkah

Santau Makan dan Minum
Santau yang ini memang famous Biasanya digunakan oleh peniaga untuk melariskan kedai ( Tak semua peniaga yang guna santau). Penyantau akan menggunakan makanan atau minuman untuk menyantau orang. Terdapat cara untuk mengenal pasti samada makanan atau minuman anda disantau:

1.Makanan dalam pinggan anda nampak menggelegak atau panas sangat. Contonya, anda order mee goreng dekat kedai, pastu mee tu nampak macam menggelegak.
2.Apabila mee yang anda pesan atau orang bagi itu bertukar menjadi cacing dengan izin Allah.
3.lalukan atas permukaan cawan dengan hujung jari (macam main muzik guna cawan tu), kalau tidak rasa apa – apa so kena berhati – hati.
4.Pinggan atau cawan pecah atau retak
5.gesel jari di belakang telinga, di hujung rambut. Dia akan menghasilkan bunyi geseran itu. Kalau tiada bunyi maknanya makanan itu tidak selamat.
6.Geselkan lidah pada lelangit mulut. Biasanya akan rasa geli. Kalau tidak rasa geli, maknanya makanan di depan anda itu tidak selamat.

Salah satu cara untuk mengelak daripada terkena santau makan atau minum ini adalah dengan membaca bismilah 5 sebelum makan. InsyaAllah, Allah akan melindungi kita daripada santau ini.

Santau Angin
Santau angin adalah santau orang dengan menggunakan angin. Santau ini sangat bahaya kerana dia akan menyantau sesiapa sahaja yang berada di laluan angin tersebut,

Santau Tuju
Santau tuju atau lebih dikenali sebagai santau penembak tepat kerana boleh menyantau seseorang dari jarak jauh. Santau ini menggunakan gambar kita atau alamat kita untuk menyantau. Oleh sebab itu, ibu – ibu kita pada masa lalu selalu berpesan supaya tidak membagi gambar sempurna dekat orang. Biasanya gambar tersebut akan dibuat lubang atau diconteng (mencacatkan gambar tersebut sebelum bagi dekat bf) bagi mengelak daripada terkena santau. Sekarang ini, dengan teknologi canggih seperti facebook, whattapp, instagram dan macam-macam lagi yang boleh memuat naik gambar, juga boleh digunakan untuk santau. Jadi, sila berhati – hati. Selain daripada gambar, alamat rumah juga boleh digunakan untuk tujuan santau.

Santau tuju ini kebiasaannya bergerak pada waktu malam dan berbentuk bola yang berapi. Kalau anda nampak bola berapi yang berterbangan sila tegur ( oit! Nak kemana tu) jadi bola berapi itu pun terpadam. Bermakna santau tuju tersebut tidak jadi dan anda boleh menyelamatkan nyawa orang.

Santau Langkah
Santau langkah ini biasanya ditanam di kawasan rumah. Kalau langkah maka terkena la santau tersebut.

Cara nak elak santau :

1 – sentiasa dalam keadaan berwudhuk
2 – Selepas solat subuh dan sebelum tidur amalkan ini:
a – ambil wuddhuk
b – baca 3 qul
C – tiup tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan
Seolah meniup untuk menghidupkan api sehingga nafas
habis
d – tahan nafas dan sapu satu badan dari kepala ke kaki

Semoga bermanfaat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*