“Saya tidak mempunyai niat buruk” – Fathia Latif

Fathia Latif memohon maaf diatas pertuturan kasarnya dengan Iqram Dinzly di instagram miliknya.

Truly, me.

A post shared by Nur Fathia binti Abdul Latiff (@fatiyalatiff) on

Namun, netizen tetap juga mengecam perbuatan pelakon tersebut. Netizen meanggap Fathia hanya inginkan publisiti murahan.

Berikut adalah komen daripada netizen di akaun instagram miliknya. Antara komen negetive netizen :

“Korang je tak tahu kena game attention je dia ni Publicity Murahan”

“Mudah saja klo ko kata kat org lps tu kena kecam lps tu mintak maaf”

” Bodoh tu simpan sikit lain kali sis”

“Dh bt salah, bler kena kecam, mnx maaf. Insaf la konon”

Walaubagaimanapun, terdapat juga peminat Fathia yang menyokong dia dan memaafkan kesilapannya. Biasalah, kita manusia biasa yang tak pernah terlepas dari buat silap.

Fathia sebelum ini meninggalkan empat komen iaitu ‘pergi bunuh diri’, ‘bunuh diri Iqram’, ‘tak ada scene bunuh diri ke?’ dan ‘alang-alang’ ketika Iqram mengadakan sesi ‘live’ di Instagram. Komen berkenaan mendapat selaran hebat netizen.

Aksi aneh Iqram Dinzly di media sosial bukan lagi satu perkara asing bagi rakyat Malaysia ketika ini. Hampir setiap video yang dikongsikannya pasti akan mendapat perhatian daripada netizen. Ramai yang mendakwa Iqram mengalami masalah tekanan perasaan, tetapi dia menafikan dakwaan tersebut sekeras-kerasnya.

Namun, seorang lagi artis kontroversi, Fathia Latiff dikatakan bertindak mengeluarkan beberapa komen yang dilihat agak keterlaluan ketika Iqram sedang berkongsi video di Instagram Live. Ternyata komen tersebut mengudang kecaman daripada sesetengah netizen yang perihatin mengenai keadaan Iqram yang membimbangkan itu. Tapi betul ke itu akaun sebenar Fatiya Latiff?

Netizen dilihat sedikit keliru dengan komen yang diberikan oleh Fathia ini. Jika benar Fathia hanya melawak, tindakan menyuruh Iqram untuk membunuh diri itu bukanlah sesuatu yang kelakar dan boleh dibuat main.

Tidak dapat dipastikan sama ada komen yang ditinggalkan oleh Fathia kepada Iqram berunsur gurauan atau serius.

Kemudian, penyanyi Hafiz Hamidun tampil memberikan komen mengenai isu tersebut secara umum menerusi laman Twitter .

“Bunuh diri tu haram. Tapi kalau suruh orang bunuh diri tu, (kalau bergurau sekali pun) memang tak lawak dan tak guna punya pemikiran.

“What if orang yang kau suruh bunuh diri tu triggered dan betul-betul bunuh diri. Kau happy? Puas?

“Akal kat mana? Nafsu kat mana?” tulis Hafiz.

Biarpun tidak menyebutkan nama Fathia, netizen mengandaikan nasihat itu sebagai satu sindiran dan mendakwa tweet tersebut ditujukan kepada aktres itu berikutan tindakan yang dilakukan olehnya kepada Iqram.

Nama Fathia dan Iqram terus menjadi bualan ramai semenjak tahun lalu.

Fathia terpalit dengan isu Bigo Live serta kenyataannya di laman sosial yang mengundang kontroversi manakala Iqram pula dilihat gemar melakukan aksi pelik di Instagram.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*