Lana Nordin “Kalau kahwin dengan ‘Mat Salleh’ kena hidung mancung je ke?? Mata kena biru ??” – anak Lana Nordin dikecam

Mazlina Hasan Nordin atau lebih dikenali sebagai Lana Nordin dikecam oleh kerana rupa paras anaknya. Yes seperti semua orang tahu Lana Nordin telah berkahwin dengan lelaki ‘Mat Salleh’ bernama David Mckienzie atau nama islamnya adalah Mohd Daud Mckienzie. Mereka berdua telah dikurniakan seorang cahaya mata atau puteri, yang diberi nama Gia Quinn Mckienzie.

Lana Nordin selalu memuat naik gambar – gambar dan video mereka sekeluarga bagi berkongsi dengan para peminat. Walaubagaimanapun, ada seorang peminat Lana Nordin telah mengkritik rupa paras anaknya. Hal ini menimbulkan perasaan marah oleh netizen kepada pengkritik tersebut. Berikut adalah balas Lana Nordin di laman sosialnya :

“Awak ini bertudung labuh tapi mulut memang tak sekolah langsung memalukan orang yang bertudung je kalau suami saya faham comment you ni, mancung ke tak mancung janji anak aku sihat, cukup sifat dan alhamdulillah ada hidung! Harap2 janganlah ada jangan la ada pemikiran narrow like u! Pls be mature and jangan jadi typical melayu sangat, apa kalau kawin mat salleh kena hidung mancung je ke? Kena mata biru ?? So pls learn how to educate urself first before u wanna leave some comments that make u fool for urself!”

Semua peminat Lana Nordin bersetuju dengan apa yang diluahkan olehnya. Antara komen peminat Lana Nordin :

“Woi orang tua. Pegi buat amal ibadat kan lagi bagus. Tua2 nie kurang2kan berIG berFB bagai. Rumah kata pergi. Kuboq dok panggil2 dah tu. Abaikan jaorang macamtu”

“Haters gonna hate sis Lana… jangan biar worthless macam tu ruin your day.. really love your family… happy jer tengok”

” she’s happy she’s healthy and she has a nice little family who loves her very much. That’s all that should matter”

“Seriously i suka tengok ur family lana.. enjoy happy etc etc… u have such a good husband.. mmg nampak sgt ur husband setakat good looking tapi ayah dan suami yg baik… alhamdulillah.. happy for u and family ”

Tak semestinya kalau orang Malaysia ni kahwin dengan Mat Salleh, anak pun ikut muka Mat Salleh. Sebab dia ada juga keturunan atau gene melayu. Tapi admin tengok anak dia comel je.. siap ada lesung pipit. Suka tengok ig Lana Nordin especially bab masak.

Semua itu kehendak Allah. Bersyukur dengan apa yang kita terima. Anak ni anugerah yang terindah yang Allah bagi kepada hambanya.

Selamat berinformasi.

Sumber : lana Nordin Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*