Hentakan tapak kaki DAJJAL

Assalammualaikum..

Hari ini admin share apa yang telah diperkatakan oleh Ustaz Auni Mohamed dalam majlis agama mengenai Dajjal. Apakah tanda – tanda akan keluarnya Dajjal? Tanda – tanda akan keluarnya Dajjal telah termaktub dalam hadis sepertimana umat islam telah mengetahuinya.

Namun kini, tanda – tanda ketara yang kita boleh lihat adalah apabila Donal Trump iaitu president Amerika Syarikat mengistiharkan bahawa Baitul Maqdis (ibu negara Jerusalem ) adalah ibu negara Israel. Ini menandakan semakin hampirnya kita dengan hari dimana Dajjal keluar dan hari kiamat.

Apabila Baitul Maqdis dikuasai, maka setelah itu Madinah akan dikepung dan dihancurkan. Apabila Madinah hancur, akan berlaku pertempuran besar. Apabila berlaku pertempuran besar, akan berlaku penaklukan konstantinopel. Dan apabila berlaku penaklukan konstantinopel, Dajjal akan keluar.

Fahamilah! Terdapat 4 fasa sebelum keluarnya Dajjal

1) Baitul Maqdis ditawan
2) Madinah musnah atau hancur
3) Berlaku pertempuran besar
4) Penaklukan Konstantinopel

Imam at-Tirmidzi meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahwasanya beliau berkata:

فَتْحُ الْقُسْطَنْطِينِيَّةِ مَعَ قِيَامِ السَّاعَةِ.

“Penaklukan Konstantinopel terjadi seiring dengan akan terjadinya hari Kiamat.”

Dajjal akan muncul dari arah timur dari negeri Persia, disebut Khurasan. Dari Abu Bakr Ash Shiddiq, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

الدَّجَّالُ يَخْرُجُ مِنْ أَرْضٍ بِالْمَشْرِقِ يُقَالُ لَهَا خُرَاسَانُ يَتْبَعُهُ أَقْوَامٌ كَأَنَّ وُجُوهَهُمُ الْمَجَانُّ الْمُطْرَقَةُ

“Dajjal itu keluar dari bumi sebelah timur yang disebut Khurasan. Dajjal akan diikuti oleh kaum yang wajah mereka seperti tameng yang dilapisi kulit”.

Namun kemunculan Dajjal baru terlihat jelas ketika ia sampai di suatu tempat antara Irak dan Syam. Dalam hadits An Nawas bin Sam’an yang marfu’ –sampai pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam- disebutkan:

إِنَّهُ خَارِجٌ خَلَّةً بَيْنَ الشَّأْمِ وَالْعِرَاقِ فَعَاثَ يَمِينًا وَعَاثَ شِمَالاً يَا عِبَادَ اللَّهِ فَاثْبُتُوا

“Dajjal itu keluar di antara Syam dan Irak. Dia lantas merusak kanan dan kiri. Wahai para hamba Allah, tetap teguhlah”.

Dajjal akan keluar dari Yahudiyah Ashbahan dan 70,000 orang Yahudi akan menjadi pengikutnya. Dari Anas bin Malik, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

يَخْرُجُ الدَّجَّالُ مِنْ يَهُودِيَّةِ أَصْبَهَانَ مَعَهُ سَبْعُونَ أَلْفاً مِنَ الْيَهُودِ عَلَيْهِمُ التِّيجَانُ

“Dajjal akan keluar dari Yahudiyah Ashbahan dan 70,000 orang Yahudi yang memakai mahkota akan jadi pengikutnya.”

Yang mengikuti Dajjal dari kalangan Yahudi Ashbahan sebanyak tujuh puluh ribu orang, mereka mengenakan pakaian tayalisah.

Ashbahan termasuk salah satu kota dari beberapa kota di Iran, lantas siapakah Yahudi Ashbahan? Apakah ada orang-orang Yahudi di Iran pada saat ini? Dan apa itu tayalisah atau taylasan?

Tayalisah adalah semacam pakaian yang dipakai di atas pundak dan mengelilingi tubuh. Berikut adalah gambar tayalisah atau taylasan.

Apabila dajjal menghentakkan kakinya maka akan keluarlah manusia – manusia yang bersifat munafik walaupun dalam bumi Madinah. Yang tinggal hanyalah mereka yang benar – benar beriman.

عَنْ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ لَيْسَ لَهُ مِنْ نِقَابِهَا نَقْبٌ إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ يَحْرُسُونَهَا ثُمَّ تَرْجُفُ الْمَدِينَةُ بِأَهْلِهَا ثَلَاثَ رَجَفَاتٍ فَيُخْرِجُ اللَّهُ كُلَّ كَافِرٍ وَمُنَافِقٍ

Dari Anas bin Malik RA dari Nabi SAW, beliau telah bersabda : Tidak ada satu negeripun, kecuali akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah dan Madinah yang setiap pintu gerbangnya ada malaikat-malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah menggoncang penghuninya tiga kali, sehingga, Allah mengeluarkan seluruh orang kafir dan munafik.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Sumber : rumaysho , qiblati , Abu Khadijah , tayibah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*