“Terus memperjuangkan nasib orang TERANIAYA” – Farid Kamil

Isu melanda pelakon dan pengarah, Dato’ Farid Kamil semakin reda setelah mahkamah memutuskan dia dibenarkan ikat jamin pada 16 Januari lalu. Majistret Nor Ariffin Hisham kemudian membenarkan Farid Kamil diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Setelah kes itu selesai, Farid Kamil menyepikan diri seketika dari dunia seni. Terbaru, pelakon Lafazkan Kalimah Cintamu itu telah memuat naik satu posting di Instagramnya.

Melalui Instagramnya, Farid Kamil mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengikutnya atas kata – kata semangat dan doa yang diberikan kepadanya ketika menghadapi saat getir itu.

“Assalamualaikum… Terima kasih atas iringan doa-doa dari kalian, semoga Allah swt akan terus merahmati kita Semua. Insya Allah dgn kudrat yg masih tinggal ini saya akan terus memperjuangkan nasib orang2 teraniaya..

Pinta saya supaya kalian semua dapat mendoakan supaya perjalanan yg berliku ini dapat di tempuhi..Amin.”

Status berkenaan dimuat naik dengan gambarnya posing dengan laporan polis di hadapan sebuah balai polis. Namun tidak dapat dipastikan butiran lanjut mengenai laporan yang dibuatnya.

Pengikut dan peminat Farid Kamil juga menyokong tindakannya itu. Berikut adalah kata – kata sokongan para peminat Farid Kamil.

Antara salah satu kata – kata penyokongnya ialah :

” You have all the good support. Everyone pray for the good end. Allah will be with you and wife and family. Stay strong. Keep fight.”

Sebelum kes ini, Zed Zaidi telah menjawab spekulasi mengenai peminjam Ah Long dimana sudah terjawab bahawa Farid Kamil tidak terlibat dalam Ah Long. Walaubagaimanapun, terdapat banyak spekulasi mengenai pelakon tersebut. Antaranya, isu mengenai pelakon tersebut mengalami masalah mental. Netizen membuat spekulasi mengenai Farid Kamil mengalami masalah mental ekoran kerana tingkah lakunya kelihatan pelik.

Bukan itu saja, ada segelintir netizen mengatakan bahawa pelakon ( Farid Kamil ) tersebut kemungkinan mabuk dan menyebabkan dia berani menampar kakitangan polis di Petaling Jaya. Tidak cukup dengan isu menampar polis, isu rumahtangganya bersama Diana Danielle kini tercetus. Netizen mengatakan bahawa isterinya Diana Danielle tidak membenarkan suaminya Farid Kamil untuk bertemu dengan ayahnya. Bagai jatuh ditimpa tangga.

Setelah banyak dugaan yang menimpa pelakon ‘Lafazkan Kalimah Cintamu ‘ itu, pelakon tersebut bangkit untuk menuntut keadilan. Diharap Farid Kamil sekeluarga dapat menempuhi dugaan ini dengan sabar.

Sumber : farid kamil instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*