Untunglah jadi artis ini – peminat kecam Dato Siti

Kelahiran puteri sulung penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin dan Datuk Khalid Muhamad Jiwa pada Mac nanti sememangnya cukup dinantikan oleh semua peminatnya. Begitu juga Datuk Siti yang menantikan bayi sulungnya sekian lama menunggu.

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak bercadang untuk mengadakan majlis ‘baby shower’ untuk meraikan kehadiran bayi sulungnya seperti yang dilakukan artis lain sebelum ini.

Menurut siti, beliau dan suami lebih selesa menggantikan acara itu dengan perkara yang lebih dituntut oleh agama iaitu dengan mengadakan kenduri doa selamat.

“Ada atau tidak baby shower, Siti tak kisah pun sebenarnya. Kalau ditanya, Siti dan suami lebih suka buat majlis bacaan doa selamat dan baru-baru ini, Siti ada buat kenduri. Bagi kami, acara doa selamat itu lebih penting supaya dipermudahkan segalanya.

“Untuk majlis itu, kami tak jemput ramai orang pun dan tetamu yang hadir terdiri daripada kenalan rapat, keluarga dan saudara mara sahaja. Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran anak-anak Tahfiz yang tinggal berdekatan,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Siti turut memberitahu majlis yang diadakan di kediamannya itu juga boleh diibaratkan serampang dua mata buatnya.

“Selain mendoakan yang baik-baik buat kandungan ini dan dipermudahkan urusan melahirkan, majlis itu juga dibuat bersempena sambutan Maulidur Rasul dan juga hari kelahiran anak tiri Siti, Mohamed Aazief,” ujar penyanyi berusi 39 tahun ini.

Datuk Siti Nurhaliza yang mengenakan pakaian berwarna biru muda itu tampak sangat berseri. Siti Nurhaliza juga telah memuat naik gambarnya bersama hadiah – hadiah yang telah diterimanya sempena majlis itu di instagramnya.

Rotikaya juga telah memuat naik gambar tersebut, namun mendapat komen – komen daripada pengguna laman sisial. Ada komen yang positif dan ada juga komen yang negetif. Berikut ialah komen pengguna:

“Best nya… aku dengan isteri dok terkebil kebil simpan duit nak beli barang baby nohhhh…
” – tulis Najmuddin Kamal

” x pyh tunjuk yg kaya byk org nk bgi sumbangan klu miskin org x layan… adat di dunia… pernah x tanya ustaz, klu bgi sumbangan kt org yang terlebih mampu / kaya… apa yg kita dapat ya… rmai lgi org susah di luar sana… ada setengah org nk beli lampin pn x mampu… x da pulak orang nak bagi hadiah … ” – tulis tebuan tanah

“Biarlah dia nak tayang hadiahu. Kan peminat2 dia bagi. Apa masalah korang ni? Senak x abis2. DCT ni layak dihargai tak. Sesuai dgn pengorbanan beliau selama ni beliau bnyk menghiburkan peminat beliau.” – tulis haslam yusof

“Best nyer.. dh lah kaya raya, dpt hadiahbaby lg… blm lg yg dato siti beli sen

Bestnyerlah jadi artis.. apa apa pun, tahniah buat Dato Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid. Semoga semua urusan dipermudahkan.

Sumber : rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*