Majlis perkahwinan Yuna dikecam netizen

Baru-baru ini majlis pernikahan penyanyi Yuna serta Adam mencetuskan fenomena apabila berjaya menambat dan menjadi sumber inspirasi netizen kerana majlis yang cukup cantik berlatarbelakangkan bunga dan taman serta gunung ganang di Puncak d Rimba, Bentong, Pahang.

Ramai peminat – peminat yuna kagum dengan keindahan latar belakang majlis perkahwinan, namun ada juga segelintir natizen yang mengecam majlis tersebut.

Netizen berpendapat bahawa pemakaian yang dikenakan yuna tersebut tidak bersesuaian dengan imej bertudung nya. Selain itu, netizen juga mempersoalkan cara perkahwinan Yuna yang tidak mengikut agama islam.. ( macam – macam la netizen ni )

Apabila Viral Malaysia memuat naik video majlis perkahwinan yuna dan adam, ramai netizen meninggalkan komen negetif dan positif.

Antara ayat kecaman para netizen :

“Kesian nya.. sedih tengok. Semoga hidayah Allah bersama kita”

“Jenis apa la kau sanding niey woi dah mcm bukan org islam dah… ke meraikan hari krismis yang dah lepas niey 😄😄 kalau cara islam tade la sampai mcm niey… zaman skrg dah pelik ”

“Bersanding pun tutuplah aurat…. islam tak larang nak sanding berapa kali pun, asalkan tidak melanggar hukum syarak. Terpulang pada kemampuan individu nak sanding kay mana… sekadar renungan bersama bukankah aurat tu utk suami sahaja… bukankah aurat tu perkara wajib… so… renung – renungkan lah bersama… bukan nak kecam komen bagai, just kita memperingati antara sesama islam… kongsi bersama ilmu pengetahuan satu amalan yang baik… pahala ganjarannya selagi menuju kearah kebenaran”

“Mcm style wedding omputih”

“Tidak nampak seperti perkahwinan orang islam…”

“Pelik tapi benar kn.mna perkahwinan islam sebenar ya.”

“Dh hilang adab melayu…. mungkin yuna bukan melayu”

“Yang ini bukan cara orang islam memang pelik betul macam cara mat salleh hehehehe”

Walaubagaimanapun ada juga segelintir netizen yang menyokong dan mendoakan kebahagiaan yuna :

“Islamnya mereka bernikah. Melayu atau barat itu adatnya. Tak ikut tak berdosa pun. Ramai artis – artis lain kahwinnya mereka begini tak jadi isu pun. Doa yang baik – baik insyaallah hidayah milik Allah. Asal sahaja mereka menikah cukup sifat islamnya kita tak perlu kecam pon. Hak budaya masing – masing. Masing – masing merela jyga ada darah campuran jadi isu apanya pun? Right? ” tulis Etoi Yahya

“Jangan terlalu mengkritik… jangan terlalu menilai orang, kadang – kadang orang yang kita nilai dengan pandangan negetif.. jauh lebih baik dari kite…. dan akan lebih dari kite.. tgk diri kite dulu bro ” – tulis Azwania Adnan

“Doa kan je lah rumah tangga dia orang bahagia. Janganlah suka sangat mengecam orang lain. Kita ni belum tentu sempurna” – tulis Imasari Lestari

Sumber : viral malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*