“Sanggup buat cerita anak hilang sebab nak publisiti” – Dato Aliff Syukri dikecam

Baru – baru ini kecoh dengan Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 32, menempuh detik cemas apabila anak bongsunya, Ibraheem Adham, 4, hilang tatkala mereka sekeluarga dan kakitangan D’Herbs sedang seronok bercuti di pusat percutian Gili Terawangan, Lombok, Indonesia.

Berkata kepada Utusan Online, Aliff yang turut ditemani isterinya, Datin Seri Norshahida Mohd. Rashid serta dua lagi anak mereka, Ahmad Rayyan, 11, dan Qadejah El Zahra, 6, terkejut setelah mendapati Ibraheem hilang sejurus selesai melakukan aktiviti sukaneka. Selain keluarga, dia turut membawa kira-kira 40 kakitangan dan stokis D’Herbs dari seluruh Malaysia bercuti ke pulau itu sebagai tanda penghargaan di samping mengeratkan silaturahim.

Namun begitu, kehilangan anaknya yang selama 10 minit itu dikecam netizen. Rata – rata netizen menyalahkan kedua dua ibu bapa ibraheem iaitu DS Aliff Syukri dan DS Norshahida kerana cuai atau terlalu leka dengan permainan. Ada juga netizen mengatakan kejadian yang terjadi ini adalah sebagai satu pengajaran sebab suka menunjuk – nunjuk kekayaannya.

Apabila DS Aliff Syukri memuat naik gambar di laman sosial instagram miliknya, netizen meninggalkan komen – komen yang negetif dan juga positif.

Antara komen negetif di ruang instagramnya :

“Sanggup buat cerita anak hilang sebab nak tagih publisiti dengan simpati orang…” – tulis i.am.legend18

“Bawa bertaubatlah janganlah nak tunjuk tunjuk sangat kekayaan tu… diorang semua bukan dengki ”

“Allah nak tarik dah tu harta yang kau ada”

“Tu la jangan semua benda nak tayang… hahahaha”

“Bodyguard ada buat apa????.. ”

“Bodyguard gaji 10k tak buat kerje ke??? Aishhh jaga lah Dato ngan anak Dato elok2… cari bodyguard baru lah Dato… ”

“Lain kali jangan dok gila buat live sampai lupa anak ”

“Ni lah padahnya, mak bapak seronok buat benda lagha kat tepi pantai, bercampur lelaki pompuan kat pantai tu. Sampai anak hilang tak sape sedar”

“Bodoh x pandai jaga anak. Leka sangat buat game. Lepas tu buat lah menangis air mata darah hilang anak”

Sumber : aliff syukri instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*