“Penghinaan utk Culinary World” – Dessert shellout Dato Fazley dikecam

Dato’ Fazley Yaakob bukan sahaja ada bakat menyanyi dan berlakon, malah dia juga pandai memasak. Ia terkbukti apabila Fazley menjuarai pertandingan Masterchef Celebrity Malaysia tidak lama dahulu. Sedar dengan kemampuannya dalam bidang masakan, Fazley ambil peluang untuk membuka restoran sendiri.

Untuk pengetahuan anda, Fazley juga mempunyai kepakaran untuk membuat pencuci mulut atau orang putih panggil ‘dessert’. Terbaru, trending di Twitter apabila video menunjukkan Fazley buat dessert ala-ala shellout. Apa pendapat anda?

Dessert shellout? Agak-agak kena tak?

Seorang pengguna Twitter telah memuat naik video Dato’ Fazley Yaakob membuat serta menyusun dessert ala-ala shellout. Video itu mendapat lebih 5 ribu Retweet di Twitter dimana orang ramai memberi pendapat masing-masing. Namun, seorang yang bergelar chef menyifatkan dessert shellout dari Fazley itu sebagai ‘memalukan’.

“Serius lah? Dah lah Dr pelsu jd chef pun segera, lepastu hina dessert dgn buat gaya shellout dgn piping skill mcm budak 10 tahun. Warna pun main hambur aje. Eh penghinaan utk culinary world. Please dont simply do this shit hanya sbb awak pemenang master chef celebrity.” Kata – kata chef jen

Berikut juga adalah repons orang ramai mengenai kreativiti Dato Fazley dessert shellout.

Tapi ini respons win dari Dato Fazley yang kecam dirinya.
“Tak suka, block je saya”

Hahahaha kan senang.

Sumber : oh bulan, youtube dato fazley n alviroRR

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*