“Jangan tertipu dengan Wanita lemah lembut” – Zizan Razak

Siapa tak kenal Zizan razak? Pelawak dan pelakon. Kecoh apabila pelawak tersebut memuat naik status di twiter milik dirinya.

“Fakta menarik. Wanita yang nampak lemah lembut di instagram sebenarnya garang dan bengis selepas menjadi girl friend kita. #lelakijangantertipu”

Agak – agaknya, Zizan ni nak tujukan ayat ni pada siapa?? Mungkin ex – girl friend dia takpun girl friend dia sekarang. Tak tahu la siapa kan.

Namun, Kenyataan Zizan itu telah membuatkan peminat geli hati dan mula mengusik pelakon dan pelawak itu mengenai hubungannya ‘teman tapi mesra’ dengan Mira Filzah. Ada juga yang mendakwa kenyataan itu dituju khas untuk Mira Filzah yang memang terkenal dengan sikap lemah lembutnya. Kalau tengok gambar Mira Filzah dekat instagram ni, memang nampak lemah lembut dan manis gitu.

Kalau betul ini pengalaman peribadi Zizan, eloklah orang kata teman wanita yang garang ini selalunya sangat penyanyang dan setia. Rata-rata peminat yang melihat ‘tweet’ Zizan itu mula ‘tag’ nama Mira Filzah di ruangan komen.

Kalau sebelum ini, Zizan memuat naik status yang menggelikan hati juga.

“Nak bercinta dengan perempuan cantik tapi kau tak hensem. Tolong kasi jawapan guys.”

Apa – apa pun, tahniah buat Zizan Razak.

Sumber zizan twitter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*