“Apakah nilai satu persahabatan?” – Sofi Jikan meluahkan perasaannya

Kecoh apabila baru – baru ini Sofi Jikan telah ditahan polis gara – gara telah meletakkan ganja ke dalam minuman rakan baiknya yang juga merupakan seorang pelakon. Bersyukur dibebaskan dari tahanan reman Jumaat lalu, Sofi Jikan masih tertanya-tanya mengapa rakannya, Datuk Farid Kamil membuat laporan polis terhadapnya. Walaupun sehingga kini masih tidak berhubung dengan Farid, beliau sentiasa bersangka baik pada rakannya itu.

“Sampai sekarang saya tidak tahu sebab apa dia berbuat demikian dan dia juga tiada menghubungi saya sehingga sekarang. Sama ada kami masih berkawan atau tidak sepatutnya awak tanya dia, saya sentiasa bersangka baik,” katanya kepada m Star Online mengenai rakannya itu.

Dalam pada itu, di Instagram Sofi ada memuat naik gambar lama bersama Farid, serta mempersoalkan tentang nilai persahabatan.

Dalam perkongsian itu, peminat turut sama memberikan sokongan kepadanya, serta kata-kata semangat kepada Sofi. Antaranya :

“Persahabatan terhapus bila kita dianggap kambing hitam”

“Doa orang yg difitnah itu senang dimakbol jgn khuatir jgn risau. The truth will come to light. ”

Sumber : sofi jikan instagram, rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*