4 tanda2 amaran masalah kesihatan dari kuku [ No.2 dan 4 tu wajib tahu ]

Ramai yang tidak mengetahui bahawa kuku juga memainkan peranan dalam menganalisa kesihatan diri. Selalunya kita tidak akan mengaitkan kuku dengan tahap kesihatan kita, tetapi terdapat beberapa amaran kesihatan daripada kuku yang sepatutnya diambil perhatian dan dipelajari.

Pernahkah anda mengambil perhatian terhadap kuku anda? Tahukah anda setiap maksud kuku anda?

Amaran-amaran kesihatan dari kuku anda boleh menjadi satu peringatan kepada anda supaya menjaga amalan pemakanan yang betul (diet berasaskan sayuran), senaman, tidur dan teknik meditasi (Yoga dan latihan nafas).

Menyembuhkan badan dari dalam adalah perlu untuk kesihatan yang menyeluruh. Pengambilan ubat-ubatan dan makanan tambahan yang lain hanya bertindak sebagai kotak kecemasan dan tidak menyelesaikan isu akar yang sebenarnya.

Ingatlah bahawa jika anda mengambil langkah-langkah untuk mengubah kesihatan anda, kuku anda tidak akan menunjukkan keputusannya untuk tempoh 3-6 bulan kerana itu adalah tempoh kitaran penuh bagi pertumbuhan semula kuku.

1. Kering dan rapuh

β€’ Penyakit Tiroid
β€’ Anemia
β€’ Jangkitan kulat

Jika anda mendapati kuku anda menjadi sangat kering dan rapuh, ia boleh menjadi suatu petanda untuk masalah kesihatan seperti anemia atau penyakit tiroid.

Penggunaan losyen kuku atau minyak untuk kegunaan luaran tidak akan dapat menyelesaikan isu ini. Lakukan pemeriksaan terhadap tahap hormon anda dan tiroid. Jangkitan kulat juga boleh membuat kuku anda menjadi kering dan lemah.

2. Perubahan warna

β€’ Jangkitan kulat
β€’ Diabetes
β€’ Penyakit hati, buah pinggang, jantung atau paru-paru
β€’ Lymphedema

Kulat adalah punca utama perubahan warna kuku berlaku yang mana melibatkan kira-kira dalam 50% daripada kes-kes sebelum ini, manakala keadaan penyakit yang lebih kronik boleh menjadi pintu utama bagi diabetes atau penyakit hati, buah pinggang, jantung atau paru-paru.

Kuku yang sihat warnanya perlulah merah jambu (pink) dengan keputihan separa bulan pada dasarnya. Berikut adalah apa yang diwakili oleh warna kuku yang berbeza:

– Hijau = jangkitan bakteria
– Jalur-jalur merah pada kuku = jangkitan injap jantung
– Kebiruan = tahap oksigen yang rendah di dalam darah
– Pudar = kekurangan vitamin
– Putih = penyakit hati (hepatitis) dan/atau anemia
– Jalur gelap di bahagian atas kuku = penuaan dan kegagalan jantung kongestif
– Jalur gelap dibahagian bawah kuku = acral lentiginous melanoma (kanser kulit)

3. Kuku berlapis dan merekah

β€’ Kekurangan asid Folik, Vitamin C atau Protein
β€’ Malnutrisi yang kronik
β€’ Psoriasis (jika digabungkan dengan katil kuku iaitu bahagian bawah kuku yang kemek)

Jika tangan anda terasa kronik apabila terkena air (contohnya ketika membasuh pinggan), maka ianya bermaksud bahawa kemungkinan kuku anda mengalami hidrasi dan dehidrasi, yang mungkin menyebabkan kuku menjadi pecah dan retak. Mencederakan diri sendiri juga boleh menyebabkan hal ini berlaku.

Kuku berlapis juga termasuk kuku yang tertanggal atau mengelupas lapisan demi lapisan. Keadaan ini boleh menunjukkan bahawa kurangnya asid folik, vitamin C atau protein dalam badan dan juga psoriasis.

4. Kuku cekung (sudu) β€œKoilonychiaβ€œ

β€’ Kekurangan Zat Besi, Anemia
β€’ Hemochromatosis (keadaan hati)
β€’ Penyakit jantung
β€’ Hypothyroidism

Keadaan ini biasanya jarang berlaku terhadap seseorang, tetapi jika kuku anda mula menjadi nipis dan cekung seperti sebuah mangkuk (cukup untuk menampung setitik cecair), anda mungkin mengalami satu keadaan yang dipanggil koilonychia (kuku sudu).

Kuku sudu adalah satu petanda bagi anemia atau kekurangan zat besi atau hemochromatosis, iaitu satu keadaan hati yang berlaku apabila badan anda menyerap terlalu banyak zat besi daripada makanan yang anda makan. Membersihkan semua isu kesihatan anda boleh mengembalikan kesegaran pada kuku dalam masa 3 bulan.

Sebaik – baiknya, anda cepat – cepat mendapatkan pemeriksaan kesihatan di hospital jika terdapat tanda – tanda mencurigakan. Mencegah lebih baik daripada merawat.

Sumber : mensive.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*