“B***…….. dapat anak binatang macam kau” – gara2 post ini, elyana dikritik

Umum mengetahui penyanyi yang dulunya popular dengan lagu Kalis Rindu, Elyana menghidap kanser Limfoma tahap 4. Selepas pengakuan tersebut dibuat di Gegar Vaganza 4, ramai yang bersimpati dengan nasib Elyana tidak kurang juga yang menyokong perjuangannya melawan kanser. Namun, seakan sudah menjadi adat, seorang selebriti tidak boleh lari daripada kecaman netizen.

Terbaru Elyana memuatnaik gambar dan video menghadiri konsert Shiela on 7 di Kuala Lumpur.
Di ruangan komen, ramai yang mengkritik Elyana yang tidak seperti ‘orang sakit’.

Antara komen atau kritikan netizen :

“Bukan manusia yg memberi kau rezeki tapi tuhan… kalau dah tahu tuhan yg bagi rezeki ikutla perintahnya xkan nak tunggu dah terlantar baru nak insaf… adoiiii” komen seorang netizen. Namun begitu, Elyana membalas komen tersebut :

“Babi betol mak bapak kau ni dapat anak binatang macam kau ni!!!!! Kau datang jumpa aku sekarang!!!!! Jangan jadi jantan tak ada TeLoR lah setan!!!!” Balas Elyana.

Komen elyana itu kelihatan kasar di mata netizen dan mereka mula mengkritik nya. Setelah dikritik bertubi-tubi, Elyana tampil mempertahankan dirinya. Dia memberi susah untuk memaafkan haters yang menghinanya di ruangan komen. Dia juga seperti manusia biasa yang mudah terguris dengan kata-kata yang kasar.

“Alhamdulillah…saya tak tau apa salah saya dengan awak, dan yang lain-lain. Semoga semua kata kata anda terhadap saya berbalik kepada anda, serta keluarga yang anda sayangi.

Saya tidak pernah menggangu anda, serta keluarga. Jika saya ada reply comment, dengan ayat yang tidak boleh anda terima kerana anda merasakan ianya kasar, sama juga seperti saya. Saya juga punya perasaan dan punya keluarga yang masih mempunyai perasaan.
Tak kan kerana artis, saya tidak layak untuk membela diri saya ketika orang rancak menghina? Apa yang boleh saya katakan disini, saya susah untuk memaafkan anda.”

Nak tegur seseorang itu mesti ada caranya yang betul.

Sumber : ohbulan!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*