[penting] Tips membersihkan paru2 khusus untuk para PEROKOK

Masalah paru-paru amat sinonim bagi mereka yang bergelar perokok.

Sesetangah orang mungkin turut mengalami masalah paru-paru sungguhpun mereka tidak pernah menyalakan rokok dalam hidup mereka. Tetapi ada juga individu yang pernah menghabiskan umurnya selama 40 tahun dengan merokok dan mereka tidak langsung mengalami sebarang masalah pada organ paling penting ini.

Semua ini bergantung pada tahap kesihatan tubuh badan seseorang itu.

Ada beberapa tips yang dikatakan dapat mengurangkan atau membersihkan paru-paru dalam masa beberapa hari. Antara yang bakal menarik minat pembaca khususnya kepada mereka yang merokok adalah bagaimana membersihkan paru-paru anda dalam masa 72 jam iaitu 3 hari.

Sebelum anda memulakan proses detoksifikasi, anda perlulah ‘membuang’ kesemua jenis pengambilan kafein, ini penting demi kelancaran proses detoksifikasi dalam tubuh badan.

Antara bahan makanan yang dapat membersihkan paru – paru :

1. Halia

Halia mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-bakteria dan juga membantu tiub bronkial untuk menghapuskan bahan-bahan berbahaya dari paru-paru.
Secara amnya, bagi perokok yang mengamalkan pengambilan halia, mereka akan merasakan sistem pernafasan lebih lega dan lancar.

Cara terbaik pengambilan halia adalah dengan mengunyah setiap hirisan halia yang dipotong nipis.

2. Limau Bali @ Limau Gedang

Kaya dengan antioksidan dan sesuai bagi penghidap kanser paru-paru. Antioksidan berfungsi mencegah sel-sel kanser dari terus merebak tanpa kawalan.

Penyelidik Dr. Corrine Hanson berkata, limau bali atau limau gedang kaya dengan vitamin C yang menyebabkan buah ini mempunyai keupayaan untuk menghalang tindakan enzim yang boleh mengaktifkan sel kanser paru-paru.

Amalkan makan limau bali jika anda seorang perokok tegar.

3. Selenium

Selenium merupakan mineral yang merangsang enzim dan bersama-sama dengan vitamin E membantu dalam mengukuhkan membran paru-paru.

Jika selenium banyak di dalam tubuh badan, maka sel-sel kanser akan berkurangan atau hilang.

Mineral Selenium terdapat di dalam buah tembikai, cendawan, tiram, bayam dan ubi keledek.

Selenium meningkatkan kadar imun dan membersihkan paru-paru dari serangan toksin.

4. Bawang Putih

Satu kajian yang pernah dijalankan di Pusat Kawalan Wilayah Jiangsu dan Pencegahan Penyakit di China, menunjukkan makan bawang putih sekurang-kurangnya dua kali seminggu boleh mengurangkan risiko kanser paru-paru dan akan berkurangan kepada 44%.

Bawang putih diketahui mengandungi antioksidan yang boleh mengurangkan radikal bebas dalam badan yang berfungsi untuk menghapuskan keradangan dalam badan.

Selain 4 bahan makanan diatas, durian belanda juga salah satu makanan yang dapat menghindar penyakit kanser paru-paru.

Semoga manfaat.

Sumber : HarianBlogger.Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*