Gara – gara mengutuk anak Nora Danish, teruk wanita ini dibash……

Kecoh bila baru – baru ini bila ada seorang netizen telah mengutuk rupa paras anak Nora Danish dan Nedim iaitu Ney Ney di laman sosial. Telah menjadi kebiasaan seleberiti dan juga bukan selebriti untuk berkongsi detik – detik bahagia mereka kepada umum. Nora Danish telah memuat naik gambar si comel kecilnya di media sosial instagram untuk berkongsi kegembiraan bersama peminatnya.

Namun apa yang menyedihkan adalah apabila terdapat individu di twitter telah memuat naik status yang membuatkan ramai orang berang. Individu tersebut mempersoakan kenapa anak Nora Danish tidak comel.

“I don’t mean to be direspectful but kenapa anak Nora Danish tak, hmmm, tak co… ish susahnya nak cakap. I mean look at the parents. They got the look thoug. And I thougt all babies are born cute? But, ummm , why hers is not?”

Gadis ini menerusi laman twitter nya menulis kenapa anak Nora Danish tidak comel sedangkan kedua ibu bapa nya cantik dan kacak. Tulis nya lagi, dia menyangka semua bayi yang dilahirkan adalah comelIs tetapi kenapa anak Nora Danish tidak.

Sejurus status tersebut dimuat naik di laman twitternya, pelbagai kencaman dan tomahan diterima daripada netizen. Antara kencaman netizen.

Gara – gara tidak tahan dikecam dengan netizen, gadis tersebut telah mendelete status tersebut dan memohon maaf atas kesilapan yang telah dia lakukan.

Tambah gadis tersebut, dia telah memohon maaf secara peribadi kepada Nora Danish dan Nedim Nazri melalui Direct Message instagram mereka.

Semua orang melakukan kesilapan tetapi apa yang membezakan kita dengan orang lain adalah berani mengaku kesalahan dan memohon maaf kepada orang tersebut. Diharap dapat diberi iktibar kepada keyboard warrior.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*